Khamis, 3 November 2011

Tengku Imran Sharafi, anak ummi ketiga.. macam-macam ummi panggil.. maklum la anak jantan sorang! Tuah.. sebab satu2 nya anak lelaki, abang sebab bila ummi panggil adik.. tuah buat2 manja. kakak2 panggil adik.. semua tuah bolot.. tuah, abang, adik.. i an, imran.. sedangkan ummi suka sangat nama sharafi!! ingat anak murid ummi yang mcm pak sheikh tu, dah la hafaz ayat2 lazim, pandai pulak tu.. tak lekat sharafi..  abang sebiijk perangai mcm ayah.. nmpk baik je.. nakal... tak ingat.. abang ummi doakan jadi anak yg soleh!!
Anak kedua.. sepatutnya ketiga, yg kedua keguguran. tak pe lah.. Ini angah. Ummmi panggil manja!!

Rabu, 2 November 2011

Anak pertama.. Kak Yong. Ummi suka masa baby kak yong gebu.. so ummi panggil kak yong.. Gebu ummi.
     Sampai ada lagu ummi buat.. 
"anak2 
manja2
gebu2.."  
   nak dapat kak yong pun susah jugak. setahun berkahwin baru dapat kak yong. Dah dapat.. 6 tahun lepas tu baru dapat adik.. demam kak yong dekat sebulan. Belajar la rajin2 kak yong. Kak yong la harapan Ummi..


Jumaat, 28 Oktober 2011

Anak-anak


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)